Restoran Munah

Restoran Munah mula beroperasi pada tahun 1984. Di asaskan oleh Puan Munah atau lebih dikenali dengan Mak Zah. Menyediakan menu harian seperti masakan yang anda makan di rumah dan dimasak oleh ibu anda. Restoran Munah beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga jam 2.30 petang.

Menu biasa-biasa dimasak dengan penuh Kasih Sayang. Seperti seorang Ibu memasak untuk anak-anaknya.

Sehingga sekarang menu-menu itu masih releven dan menjadi pilihan no 1 pelanggan, di samping mengekalkan menu-menu asal, Restoran Munah juga membuat penambahan menu baru dari masa ke semasa.

Oleh kerana semakin ramai pelanggan yang datang. Restoran Munah mula menambah kuantiti makanan dan mempelbagaikan jenis lauk-pauk.

Selain nasi campur Restoran Munah mula menambah menu sup seperti Bakso, Sup, Soto, Lontong dan Nasi Lemak. Pelanggan yang datang untuk bersarapan boleh memesan bakso dan lain-lain untuk sarapan pagi.