Ia bemula apabila pelanggan yang datang ke Restoran Munah kerap membungkus kuah kosong, seperti asam pedas, kari dan kuah masak lemak cili padi. Terdapat juga pelanggan yang merungut dan mengadu tidak dapat lagi bersarapan atau makan tengahari di Restoran Munah, disebabkan pejabat mereka berpindah dan ada yang terpaksa ditugaskan ke cawangan lain. Mereka merindui masakan Restoran Munah katanya.
Maka tercutuslah idea untuk hasilkan pes. Pada awalnya kami buat pes frozen. Kami buat penghantaran ke pejabat dan rumah. Bila pelanggan makin ramai dan permintaan meningkat . Keadaan menjadi rumit, pes masakan frozen mesti disimpan dalam peti beku. Ruang dan peti tambahan diperlukan. Kami tak dapat menghasilkan pes dalam kuantiti yang banyak.
Kami tiada pilihan, terpaksa menghasilkan pes hampir setiap hari selepas waktu berniaga di Restoran Munah sehingga ke malam. Bukan kami sahaja yang menghadapi masalah menyimpan stok, pelanggan pun sama mereka tidak dapat membeli dalam kuantiti yang banyak.
Satu lagi masalah ialah, penghantaran kepada pelanggan terhad kepada kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kami sahaja. Pes masakan tidak dapat di hantar secara pos.
Alhamdulillah akhirnya kami bertemu Chef yang mengajar Pemprosesan Pes Tanpa Bahan Pengawet, tahan 1 tahun pada suhu bilik. Gembira sangat sebab dapat memenuhi permintaan pelanggan seluruh Malaysia.
Pada awalnya kami menggunakan pouch plastik clear untuk membungkus pes, kerana kami ingin pelanggan melihat terus tekstur Pes Masakan MCZ dari luar. Sepanjang penggunaan pounch clear kami tidak menerima sebarang komplen dari pelanggan. Satu masa kami ingin menghasilkan video-video masakan, setelah merasa masakan yang dimasak rasanya berkurang 20%, bunyinya macam sedikit sahaja. Tapi kami mahu pelanggan menikmati masakan kami dangan rasa yang sama di Restoran Munah. Setelah diteliti ia berpunca dari clear pouch yang kami gunakan.
Tanpa berfikir panjang kami terus tukarkan clear pouch kepada aluminium pouch. Walaupun kami terpaksa menambah sedikit kos pembungkusan, apa yang lebih penting bagi kami, pelanggan berhak mendapat produk yang terbaik dan berkualiti. Kami meletakkan diri kami sebagai pembeli.
Alhamdulillah terima kasih atas sokongan pelanggan yang tak putus-putus. Kami Mak Zah Corner akan sentiasa memperbaiki segala kelemahan dan jangan lupa ikuti perkembangan Mak Zah Corner kerana Mak Zah Corner akan menambah jenis pes masakan dari masa ke semasa. Supaya anda boleh mempelbagaikan masakan untuk 30 hari tanpa jemu.
HARI-HARI MOOD NAK MASAK!